Skip to main content

Sleepover,


Hahaa, macam real jea ade sleepover. Lebih kurang lah tu.

Jadi, bila sepatutnya kitorg ade dekat konsert Justin Bieber malam tu..entah2 ade yang tengah packing untuk program kat sekolah 22hb April tu. Jadi, malam 21hb tu aku tido awal kott. Takde packing ape-ape pun - takde hati nak pegi tido kat asrama skolah esok tu. Malam tu sbelum tido, yeah, aku dengar je Hitz.fm sampai trtido. Sepanjang minggu tu balik je dari skola, asik dengar radio sebab macam-macam lagu Justin Bieber diputarkan kat udara. Wah wah wah...jadi, segala remixes nye aku dah dengar. Agaknya lah, tapi lagu JB feat. Chris Brown tu takde dengar pun kat radio. Aku dengar sendiri je dekat internet. Yang dengan Miley Cyrus ade lah..

Ape-ape pun, seronok dekat asrama.

Malam Jumaat tu sepatutnya nak celebrate birthday Hafizzah, kan - 22hb April tapi sebab tak same dorm malas nak gerak malam-malam pegi sane. Dengar khabar dia tidur awal. Lagipun, malam tu tiap-tiap dorm kena embush kat ustazah, "Lights off! Lights off!!". Hehee, ade lah dalam beberape minit tutup lampu - ape fikir hari tu ade Earth Hour??? Sebelum dia pegi entah makhluk ape yang pegi gegar-gegar pintu dorm ktorg. Member satu dorm yg dok katil atas tu je yang rajin tinjau, kan. Nmpak ustazah tengah marah-marah budak dorm lain sbb tak tutup lampu lagi. Tapi, ustazah jerit-jerit dari DM je. Entah sape lah yg mengamuk depan dorm ktorg awal-awal tu. Ade yg cakap, paham-paham je lah sejak histeria melande neh. OK, no prob.

Mule-mule da tutup lampu ingat nak tido tapi sorg pun tak dapat tido. Bukak lampu balik, teruskan beronggeng kat dalam dorm. Wuuhaaa wuhaaaa!! Tau tak? Malam dekat dalam dorm teramat lah tak selesanye sebab panas nak mati. Rase macam kena goreng dow. Aku yg tgh lelap mate pun trjage sebab jatuh dari katil. Hahaa. Alkisah nya macam neh, kipas untuk 4 katil ade satu je letak tengah-tengah antara katil double-decker tu..bile kipas tu pusing arah katil sbelah, aku pun ikut lah kipas tu. "Nak angin, nak angin...". Sekali mase tengah syok pusing-pusing atas katil rase macam dah takde penghujung je, jatuh laa aku kat lantai. Dah lah lampu trpasang, member lain sume tengah lepak tengah-tengah dorm. Rabell gelak pulak. Asyika yg dok kat katil sbelah tu tak perasan aku jatuh sbb dia tengah bergayut dengan sape entah.

Dah jatuh tu pandai-pandai lah naik balik atas katil,kan. Ngantuk dow. Mase slot motivasi kat DM pun aku dah trtido. Wlaupun seronok tengok perangai member satu batch, kan. Tapi, ape boleh buat. Tak biase lah tido lambat sekarang. Tengok jadual esok pun tak sanggup - pukul 5.45am dah kena ade kat surau. Biasenye, kat rumah subuh dalam pukul 6 lebih. Takde tergesa-gesa pun. Tapi, bangun pagi neh takde masalah. Tidur lambat tu yg masalah. Aliah cakap risau tengok aku jatuh katil, dia tarik aku bawak pegi atas tilam tengah-tengah dorm tu. Hahaa, panas punye psal sanggup angkat tilam masing-masing bawak atas lantai. Yang aku tau, kepale aku sampai je atas tilam terus lelap mate. Malas nye nak bukak mate...hadoyyy. Mase ni dah pukul 2am kott. Khaleeda angkatkan tilam letak kat lantai. Kiranya, pagi tu yang tdo atas katil cume Rabell, Azean, Dieba dengan Ain je. Lepas tu, Asyika kott yang tolak aku naik atas tilam, hehee. Panasssssssssssss, baru panas kat dunia. Sebelum tido, kteorg makan dulu, borak, capture gambar [don't try this at home], main prmainan imaginasi dgn Dieba, wrestling pun ade...last sekali Asyika mintak Dieba cerita kisah Anbiya sebab nampak dekat dorm tu ade tulis 25 name Nabi. Habis je cerita, semua terus tido - dah dekat pukul 4am.

Untuk slot riadah petang 23hb - masuk dorm, tukar baju kurung, pakai t-shirt dengan track bottom. Antara paling lambat keluar dorm 4, aku lah. Nasib baik Dieba ade tunggu kat depan dorm rupenye. Mase riadah, cikgu suruh bina kumpulan 10 orang - takde hal lah. Disebabkan batch kteorg tak ramai, ade 80 lebih orang je, kumpulan pun cukup-cukup je ahlinye. Ade Khaleeda, Azean, Ain, Syika, Cemah, Aliah, Rabell, Dieba, Khaleesya dan Umirul lahhh. Mase cikgu suruh buat garisan paling panjang tu memang ade azab sikit lah. Luka kat kaki sebab jalan tar tu panas. Mase baring kat tar tu, pergh, terkena kat kulit baru lah aku paham perasaan ayam kena panggang, kan. Tapi, yang menang kumpulan 3 sebab diorg siap gune tali kasut lah bagai. Student perempuan ramai pakai slipper je, mane nak dapat tali kasut, haha. Lepas tu ade macam-macam game lain. Last sekali letup belon dari jauh - tak lepas pun. Lelaki je yang hebat main game tu.



24hb sebelum balik, ade majlis penutup. Makan...makan...balik dorm. Kemas, kemas. Lepak kejap, tunggu sape-sape jeput. Lepas tu ibu sampai terus balik rumah. Hari Isnin ramai tak datang sekolah. Dah agak pun, tak join je. Hari ni dah 1 Mei - Happy 17th Birthday, Nurul Khaleeda!!!

Comments

Popular posts from this blog

Yayy, Another Blogpost!

Hello, tiny Earthlings. 💗 I'm currently doing a correction for my thesis report. Oh it is so much convenient, actually, to post things via twitter because I can keep it short and simple and secret. By secret, I mean, not mentioning the real situation -- just some words of happy mood or frustration. Either one. **sigh This online banking web is annoying because it does not allow me to view my past transactions clearly. I hate that. I hate things that says "No" to me, basically. I'd like to check though. Do I have to get a copy from over-the-counter? Soooo high-tech. **sigh I'm happy. I'm eating again. My birthday for this year was a blast. I feel loved. Thank you to those who made it happened :) I've never had so many birthday wishes for a long time. Since January is a busy month, for everyone. So, yeah. Thank you for remembering and for caring enough to wish the already-happy me a happy birthday. I'm touched. You guys used your time on m...

Of Feeling Too Comfortable

Evening, petty people. Hehe 💕 It sure has been awhile since i last post anything. Hm well, I actually got something to tell. I've been feeling good recently - goofy, funny, happy and whatnot. Things are going great if you'd ask. Still are. However, I believe I have not tell a single soul about this uneasiness I feel when I get to certain comfortable state. I do not fancy feeling comfortable, especially when it gets too comfortable. And suddenly, comfortable is not comforting at all. They say, things go bad when you get too happy. Not hoping for it to come true, well, who on their right mind would? But, you see, life has its ups and downs. Sometimes things go as you favour them to be and the other times things just do not favour you. **sigh Unfortunately, I've experienced a state where everything was frustrating. Feelings were frustrating, people were frustrating, appetite, campus, life, me. I, myself, was frustrating. I lost half of my life. It felt...

everything for you in advance

pukul satu tadi baru lah habis tengok maher zain kat tv. haha. tiba-tiba teringat kat ustaz aku masa sekolah dulu. fizikal lebih kurang maher zain jugak tu. ada junior cakap muka macam pitbull tu. istighfar aku banyak-banyak. tergelak sikit pun ada jugak. sikit ke? yelah, ustaz muadzam sangat cerah orang nya. dia penah cakap kat classmate aku masa form 3 dulu, "saye lahir siang pasal tu putih. si r* lahir malam pasal tu gelap" masa tu memang aku terpaku lah. nak gelak macam serba salah pulak dah lelaki tu classmate aku jugak. && dia ada je dalam kelas masa tu. gelak nak taknak pun boleh lah. tak payah nak hipokrit sangat kan. nak gelak, gelak je lah kuat-kuat. motif aku cerita pasal dorg semua? sini sini. malam hari bila pegi rumah kawan, afifah. dah sampai situ tak sah kalau tak jamah cerita mak dia. sikit pun jadi. hoho. suka pegi rumah dia - peaceful . afifah's mom told me that she met my friend,ain while she was in town. ain was with her mother....