Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

kita menjana nilai dan skor,

assalamualaikum. selamat petang - sebab masa post entri ni dah masok zuhor pun. kira dah seminggu dekat matrikulasi. minggu suai kenal - busy - terasa sangat tidur tak cukup tapi seronok dapat menjelajah keliling matrikulasi dengan faci sebab semua cantik~ walaupun selalu kena tegur macam-macam dari pagi sampai ke malam tapi tak penah pun rasa marah. haha. tengok muka faci tak jadi lah marah. lagipun faci bising dekat student yang buat salah je. ada satu hari tetiba turun lambat - tak ingat kenapa - faci dari bawah jerit, suara dengar sampai aras empat kott - bila turun tangga tu cepat je berjalan haha lepas tu laju je cakap, "minta maaf, kak". diam je faci tu kejap padahal tadi macam banyak je benda dia nak sebut. makan - sempat tak sempat je. kalau dapat rehat - berapa minit entah - kena bersiap untuk aktiviti lepas tu. masa tu lah semua laju je pegi washroom nak ambik wuduk, tukar baju formal // koko, iron tudung kalau sempat, makan sikit kalau dapat. hm kadang tak sempat