Wishlist : All Star Fun Laces in Grey
Speech : Perempuan Cantik, Bertudunglah
Hari ni sambung lagi sesi ambik gambar dekat dewan. Hahaa, murid-murid kat dewan sahaja lah. Yang tak best tu, cikgu Naquib cakap murid-murid yang masuk merentas desa boleh serta sekali dengan ahli kelab Olahraga. Tapi mase ambik gmba tu tak cukup pulak apparel untuk den. Ambik kau. Takpe bhai, sabar. Aku penat lari tu, gambar takde.
Dan dan, kene sound pulak kat cikgu dua orang neh. Alahai, tudung selekeh sikit je pun - nak tegur macam aku ponteng sekolah pulak. Konon eh selame neh memang aku stok-stok pelajar perempuan yang salu kene sound. Memang tak lah, kan! Meh sini, saya cerita sikit ha.
Lepas dari bergambar dengan ahli kelab kewangan, pengguna dan koperasi tu,, memang ade lah bergurau bagai. Tak sah sehari tak bergurau neh. Entah macam mana getah rambut tu boleh tercabut, aku pun tak sedar rambut nampak dari belakang, haha. Takde lah nampak semua rambut tu tapi mungkin ade lah beberape helai dekat atas bahu. Itu je point cikgu tu. Cikgu tu boleh cakap aku malukan dia dan kaum hawa, siap cap aku keluar tak pakai tudung (yang ni memang buat aku rase macam nak maki orang). Cikgu satu lagi tu pulak boleh bagi pepatah kat aku - dia cakap aku masih lagi nak tegakkan benang basah, ulang 2, 3 kali pulak tu. Rase nye aku takde lah menjawab yang bukan-bukan pun. Aku cume jawab bila dia tanya je - itu pun ye, tak, sepatah dua perkataan je pun.
Ye lah, lepas ni boleh lah buat laporan dekat perhimpunan, cerita dekat bilik guru tu bagi semua cikgu kat sekolah tu tau, kalau boleh canang satu sekolah biar sekolah-sekolah lain pun tau sekali. Pegi lah. Sedangkan ustazah cakap kalau tak tau takpe, tak berdosa. Memang aku tak perasan pun rambut tu nampak dari belakang. Kenapa nak pertikaikan macam tu sekali? Kenapa nak cakap aku malukan dia, malukan kaum hawa? Kenapa nak hina aku sampai keluar rumah tak pakai tudung? Kenapa mesti nak tegur depan khalayak ramai? Memang tak penah kena ajar ada adab nak tegur orang agaknya.
Nak jawab ape pun tak tau, aku senyap je lah dah tepat je kene depan orang ramai. Kalau cakap lebih-lebih nanti keluar lah cerita dekat perhimpunan murid memperlekehkan guru, murid melawan cakap guru, murid tak hormat, sanjung guru, etc. Macam-macam, kan? Bila dah lama rasa diagung-agungkan, macam tu lah jadi. Dekat perhimpunan minggu lepas dengar ada murid buat perkara-perkara tu. Tak keluar pun cerita yang cikgu berkenaan tu cakap dekat seorang pelajar, "Awak dah lah takde mak dgn ayah." & takde pun keluar cerita cikgu sama menyebut-nyebut perihal parent pelajar yang dah divorce. Siapa tak marah kalau hal ibu bapa disebut-sebut, kan?
Biasa lah, cikgu menangkan sesama cikgu, murid pun menangkan murid jugak. Karma lah sangat!
Comments