Skip to main content

Kasut Hilang, Hati Panas

So, this is how the story unfold...

Aku tak kira..walau macam mana pun, masih ada jugak rasa tak puas hati. Kisah nya macam nie..semalam ada program tayangan macam-macam movie dekat makmal ICT sekolah aku tu jadi, aku pun pegi lah ikut jadual tengok movie tu ramai-ramai dengan kawan aku yang haritu sudi datang sekolah. Form 4, dah terang-terang tayangan dengan waktu sekian-sekian. Mula-mula sekali tengok movie kanak-kanak jea, tajuk dia the Hairy Tooth Fairy. Ingatkan movie Tooth Fairy yang the Rock 'Johnson' berlakon tu, rupa-rupa nya tak. Tapi movie yang satu nie oke lah. Bila movie dah tamat, ada segelintir nak tengok Ninja Assasin, yang segelintir lagi heboh nak tengok Adnan Sempit tuu. Aku nie kat tengah-tengah, ikut suka korg lah nak hadap cerita apa sebab dua-dua filem tu aku tak penah tengok lagi. Akhirnya, tayangkan cerita Adnan Sempit tu. Sampai kat cerita neh, ingat awal-awal nak keluar tapi entah macam mana boleh tengok mamat tu tergolek terlentang atas jalan raya masa awal-awal cerita tu, boleh pulak niat terhenti kat situ je.

Dah habis filem tu, memang nak lari keluar dari makmal ICT tu pun. Lepak-lepak kejap, kejap sangat kott..keluar je dari makmal tengok member dah sarung kasut masing-masing. Aku tau, aku ni jenis yang takkan tersalah ambik kasut orang. Sorry, tak ingin pun, bahkan tak penah ade niat pun. Kasut Line 7 aku dah cukup lawa lahh, kan. Tapi entah sape punye anak, pkimak dia, boleh pulak ambik kasut aku. Sedar lahhh siket wei kasut kau tu macam mana rupo ehhh!! Sikit pun tak serupa dengan kasut aku tau tak???!!! Dari awal tahun bulan Mac aku jaga kasut aku tu bagai menatang minyak yang penuh, kau sedap-sedap pegi rembat apasal?? Ape story kau sbena nye bhai? Kalau tak puas hati, cakap depan-depan. Kalau nak puji kasut aku bersih tiap-tiap minggu tak carca marba macam kau punya trend, puji je lahhh. Tak payah nak panjang-panjang tangan pegi ambik kasut aku. Aku tak kire, kalau classmates aku cakap kau mungkin tersalah ambik, tapi yang aku tau, jelas dan ketare, kasut kite semesti nye berbeza weyhh. Kasut aku tu memang bukan kasut baru beli setengah bulan weyh, tapi kasut aku tak kotor macam kasut kau lahhh kann..aku tak boleh terime kalau orang silap ambik kasut aku, ape mate kau rabun? juling? buta warna ke apa?!! Memang mak kau, dengan ayah kau, stok-stok betina && jantan sial. Kawan aku memang tak setuju masa aku carut macam tu tapi, pada aku memang betul pun ape aku cakap tu. Kalau diorg tak sial, diorg ajar anak dorg basuh kasut bersih-bersih, anak diorg tak gatal-gatal nak mencuri kasut orang...ada paham??? Sape terasa sangat tu, pergi jahanam lah. Close je window yang tersiar laman blog aku nie!

Kalau anak kau dah perangai macam tu, suka dok panjang-panjang tangan kat harta orang, memang dah sah lah, memang waris turun temurun dari family mak bapak kau lah tuu!!! Yang aku hairan sangat tu, mak bapak budak tu takkan tak cam kasut anak dia lain tetiba waktu balik sekolah? Tak tanya ke kasut siapa yang dia pakai? Kalau tak tanya macam tu pun, kenapa tak tanya yang kasut dia nampak lain ke apa ke...jahil betul mak bapak budak tu,kan. Dah lah tak reti mengajar anak yang baik-baik bila ke sekolah, lagi anak dia kitai kasut aku pulak..bagai orang hilang anak aku mencari kasut aku tu serata blok utama sekolah aku tu tapi tak jumpa. Hati aku lagi panas waktu jumpa sorang budak laki neh..masa awal-awal jumpa dia tengah ikat tali kasut. Kasut dia sebijik, sebersih kasut aku tau tak. Kesan pijak rumput kat padang pagi tadi tu pun sama gak. Tapi member aku, Ain tu pulak cakap tu bukan kasut aku...untung lah naseb badan budak tu aku tak jadi nak hentak kepala dia waktu tu,kan.

Carik-carik kat area sbelah atas pulak, memang tak jumpa kat kaki sorang pun kasut Line 7 yang bersih. Jadi, pegi lah balik kat kelas budak Form 1 tadi sebab waktu tanye kasut dia saiz berapa tu, dia jawab dia tak tengok. Macam gampang jawapan kau kasi kat aku, pasal tu aku rasa macam nak hentak kepala kau. Bila masuk kelas budak tu, dia dah takde. Aku bengang, pegi kelas sbelah, jumpa dah budak tu tengah berdiri sorang-sorang depan pintu. Waktu nie, member aku sorang ni pulak dah sound macam nak pukul budak uh tapi, macam gampang lagi budak uh..kasut yang dia pakai tu pulak dah kotor masa tu. Kesan ape lagi, kesan kene pijak lah,kan? Aku dah hilang semangat dah carik kasut aku sendiri masa tu. Tapi, waktu tu lah member tadi cakap tu kasut aku. Pdhal dari awal tadi yang lain pun dah perasan. Hilang rase lapar keluar makmal ICT nak jenguk-jenguk kantin, hilang rase dahaga nak makan ais krim kat koperasi, hilang mood nak bergurau gelak-gelak dengan member, hilang dah rase nak tuntut kasut aku balik bila fikir mungkin dah kotor...hilang lah sume rase sekejap. Rase nak pukul orang pun hilang...bila tengok kasut kat budak tu dah semacam je kotor tibe-tibe, hancur rase hati aku. Dah, tak payah lah pegi sekolah lepas nie, cuti lah pulak. Esok datang ambik buku teks Form 5 je lah dengan sandals biru aku tu. Kalau macam nie lah gaye budak tu jage kasut, takyah lah mak bpak dia pegi rembat duit orang pulak beli kasut utk dia tahun dpn. Cakap dekat kawan aku yang sound budak uh tadi, "Takpe lah, Ijal. Biar lahh budak uh. Lantak lah, g mati lah sume er.."

Hari nie, aku pegi sekolah meriah lah..mandi punye lah lame, sarapan bagai nak rakkk, datang sekolah ikut office hour, pakai sandals warna biru ganti kasut sekolah, masuk tak ikut pagar utama, ponteng aktiviti Rabu pagi tu, etc. Memang kalau dah panas hati, ikut terus kehendak hati...bila dah duduk lama-lama tu, baru teringat yang sliper cikgu yang aku pakai semalam terlupa nak bawak. Leka dok kosongkan beg untuk buku teks,kan. Sampai tertinggal pulak sepasang benda tu. Sorry,cikgu intan payung. Hehee.. Yelah, walaupun cikgu tu tak mintak pulangkan hari ni & aku tak janji nak pulangkan hari ni tapi at least ada lah niat kat hati dari mula dapat harta cikgu tu nak pulangkan terus esoknye. Parent aku sungguh tak serupa dengan parent budak yang merembat kasut sekolah aku tu...

Hoi, pencurik. Seburuk-buruk, sehodoh-hodoh perangai kau, ada jugak hati nak pakai kasut sekolah aku yang baru cuci tu, kan. Aku tau lah kasut sekolah aku tu tak macam kasut sekolah kau.. Fikir logik lah, kalau kasut kau bersih takkan kau ambik sanggup ambik kasut orang sebab kau tau macam mana susah nak mantain kasut sekolah warne putih nie, bukan macam kasut pengawas - ntah-ntah sejak beli tak pernah terurus dah. Kalau kau jujur, mesti kau rasa lain macam kasut yang kau sarung tu sebab selesa kasut sendiri tak sama dengan rasenye pakai kasut orang && mesti kau nak pulangkan. Itu pun, kalau kau jujur & sedar diri lah...







Comments

Popular posts from this blog

There Are Some Silver Lining

yeah, when Selena Gomez sings 'Everything Is Not What It Seems' . well, today, if you wanna know...is SUCKS . but, not the whole part of it. just the part that was ruined by an evil maniac that I don't even know . maybe we haven't met yet - and, did I mention that he/she is a maniac?!!! and irresponsible too! very irresponsible indeed. what a person! this morning i woke up almost early. however, i accidentally slept the morning . ugh. and that was where the whole story begins. yeah, totally. then, i woke up again. didn't have time to look at the clock. there was no time because the curtain was flashed with daylight! i know i was going to be late to school. yesterday, i went to school and guess what, even the stray cats didn't walk in the school front gate yet . if you come to my school, there is this cat with white fluffy fur. anyway, i'm not really the person who has any positive interest in cats. except for kicking them, HAHAA. ok, not gonna happen. back...

is it a mistake? it is?

hmm, last night, while i was sleeping about 8++ pm at the living room, suddenly my phone rang and there was a message from an annonymous number which means i dunno whoever this person is. i woke up and cant continue my beauty sleep. i read the message that goes like this.. "haii.. nme ko adila an?" something like that lahh. then i replied, "apsl? de kne ngene bla bla..." i didnt remember this. and this annonymous person replied back, saying i am so "poyo" and "cam bgus" and "pegi mmpos" and "bla lah wei" [talk to the hand lahh weyy!] i felt so pissed off and felt like kicking his brain out of his big-headed head!! ahhh! and replied, "Fuck lak kaw, sial!! Bjet kaw bgos sgt nk carut2 aku nehh!" i knew that he is a "he" cos no bitch dares to text me like that or else she'll wake up underwater in a bird cage with nothing but herself. you dont messed up with the one who messed other people up, you got that j...

"Hey there, Delilah. Here's to you. This one's for you"

Hello, lovelies. 💗 There are certain things keep bugging my head every now and then but none of those is as saddening as this one currently circling my head. Almost two years has passed. Crazy how one thing could really decide to just sit there in your head and won't ever leave, right? *sigh. And as crazy as that may be, um, I don't know why it keeps coming back. I don't mean anything vivid like flashbacks - just feelings. Perhaps I'm so used to missing it every single day and had been comfortable of doing so for quite a long time that somehow a man of routine like me failed to forget. Not like I'm trying hard enough. I remember crying so hard and has begged to have my life back. Wallahi , that one du'a was so sincerely wished it literally came true. I got my life back. He gave me my life back. Just the way it was before life decided to be complicated. But why, though everything is back as it was once were, that I start to..um. Am I ...