nahh . ambik kau muka aku baru sampai rumah dari matric . muka pelajar 4flat kann ? *woof woof . haha aku tak puas hati betul tetiba camera 360 ni macam kabur pulakk . nampak tak kabur ? takpa . cantik aku pakai tudung belit leher cenggitu kan . kahkahkah . penat lah . hari ni aku tidur petang . sila buat muka mcm perut tengah senak baru kena pijak sbb aku jarang tidur petang .
wehh gigi aku cantik .
PART 1
pagi tadi member aku masuk bilik kejutkan . macam biasa lah mata aku automatic terbuka dengar derap tapak kaki dia . sbenarnya , memang dia masuk bilik aku jea panggil nama aku sambil bebel-bebel sikit . haha . so , aku boleh dengar lah . dia selak je orange aku tengok mata aku dah buka . weeeeee ! selamat pagi Amal ! cantik muka aku senyum capai bantal Anhar kasi masa hari usahawan lepas . pelukkk bantal tu sambil dengar Amal bebel lagi sikit . suruh aku cepat-cepat bangun sebab Anhar dah ada dekat cafe tunggu kitaorg turun sarapan dengan dia , "Anhar tengah tunggu dekat cafe ?" . pandang Amal tengah pusing-pusing dalam bilik aku . kelam kabut kejap pemandangan pagi . sedar yang roommate aku takda pun dalam bilik . meja aku , atas tu ada seekor kunang-kunang aku jumpa malam tadi . haha bahagia . senyum lagi sekejap , "Umi cepat umi . Anhar dah sampai dekat cafe . Takyah mandi . Turun jea" then dengar fon bunyi . LDKanhar . tekan butang hijau ,
"Haaaaiii awak ! Awak kat cafe betul ke ?"
"A'ah . Kita dah dekat cafe""Sekarang ? Pagi nya awak""A'ah . Kita gerak pukul 7.30 macam tu . Awal kan ?""Awal""Awak , cepat . Kita kira sampai sepuluh kalau tak kita balikkk . Cepat""Ohh okay okay . Kita cuci muka psto kita turun"
keluar dari bilik ,
"Rissa , Ain mana ?"
"Ohh , Ain dah keluar pegi outing pagi tadi . Anhar datang ke ?""Yup yup . Anhar ada dekat cafe dah""Kirim salam dekat Anhar"
berus gigi laju-laju . cuci muka bersih-bersih . masuk bilik . pakai cardigan dengan jeans . turun tangga dari tingkat empat sambil jerit panggil Amal . rupanya Amal dah dekat bawah sekali . haha . nampak tak dia penah berlari wakil sekolah tuu ? haha . sampai je dekat cafe nampak Anhar tengah melambai-lambai . Anhar ke tu ? dia dengan siapa pulak ? bila dah dekat , terus peluk Anhar . peluk weh pelukkkk ! peluk aku . angkat . pusing-pusing sikit . kahkahkah . masa dah dekat tu jugak baru perasan yang lelaki ni mesti Hazim Ismail kawan si Anhar . aku ingat pasal aku pun ada kawan nama Hazim Ismail . Anhar ada kawan nama Hazman . aku pun ada kawan nama Hazman . macam coincidence semuanya . haha Anhar ketawa masa aku tanya ,
"Yang ini mesti Hazim , kan ? Cepat cakap aku betul . Haha"
"Ehh macam mana awak boleh tahu?""Sebab kita kenal rambut Hazim"
see , Hazim ada rambut yang sangat significant sampai orang yang pertama kali jumpa dia pun boleh kenal dia . bagus lah . ada anak macam ni kan tak hilang kalau bawa pegi shopping . hee . bangga aku tak awkward pun dengan Hazim . sebab bila sebut nama dia macam sebut nama kawan aku tu jugak . apa lah khabar kawan aku dekat UPSI , Perak tu kan ?
PART 2
tunggu lagi dua lelaki ni - Ub dengan Apis . diaorg siap bawa bau wangi-wangi lagi . aku jea yang tak mandi lagi . tapi takpa . Anhar dengan Hazim cakap dah biasa pegi breakfast tak mandi . wehh tapi ini macam aku dengan Amal jea yang tak mandi lagi . dua perempuan yang boleh sampai awal tanpa mandi dan dua lelaki yang sampai lewat dah mandi . sbenarnya aku macam tercabar dan nak lari naik block pegi mandi then turun balik sini baru pegi breakfast mana-mana . tiba-tiba masa kat dalam kereta . kenapa macam aku sorang yang tak mandi lagi ? mana Amal ? cepat-cepat minta Ub call Amal . then , dah habes call Anhar kata Amal tak jadi pegi breakfast dengan kitaorg . bayangkan sorang ppuan belom mandi antara budak-budak lelaki ni . minta tolong makcik cleaner bertugas tarik lengan aku bawa pegi block berhampiran dan mandikan aku cepat ! bukan maluu wehh . tapi tercabar sebab diaorg semua dah mandi . nak malu buat apa , dah macam adik beradik dah kan ? lempang kangg . dah lah tak mandi nak mengaku adik beradik pulak .
ceritanya , breakfast dah macam satu family . aku rasa nak pukul orang dengar Apis kata kat Anhar , "Ibu suruh kakak makan lebihkan sayur" sebab waiter tu panggil Anhar kakak . rasa tua , omg . daripada saat order makanan tu sampai lah ke saat hantar aku balik block . memang lawak . aku minta Anhar buka tingkap kereta sekejap kata , "Anhar , tetiba segan orang dekat cafe pandang-pandang dah lah aku belom mandi" lepastu boleh Ub dengan Apis menghalau aku . diaorg buka tingkap kereta jugak pasto lagi nak cakap kuat-kuat , "BYEEEE UMIRULLL!!! BYEE !!" . aku dah segan bertambah segan . kawan macam ni sangat supportive . aku rasa badan aku ringan berlari laju gila balik block . eyy korg . kau dah keluar dengan aku kahkahkah dah lah aku belom mandi . ambik kauuu ! bahagi-bahagi sikit rasa tak mandi tu dengan korg .
Comments